top of page

Adat Perkahwinan Etnik Murut

 

Dalam soal perkahwinan, kebiasaannya perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Bagi soal istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai “tambuloi.” 

 

 

Diperbaharui pada : 09 DISEMBER 2012 

Hakcipta terpelihara © tripzranauholiday@gmail.com
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Jika ada sebarang pertanyaan silalah email di: ​​tripzranauholiday@gmail.com ataupun melalui laman facebook kami: tripz ranau

bottom of page