Lagenda Tasik Buyut
pemandangan dari atas tasik
Tasik Buyut pada asalnya merupakan kawasan perkampungan etnik Madungus di Kampung Mangkalua, Kota Marudu. Menurut cerita yang disampaikan terdapat satu majlis keramaian dan pesta makan minum untuk meraikan kemenangan perang terhadap musuh mereka di rumah panjang selama seminggu dan mereka telah meminum tapai (minuman yang memabukkan). Pada hari terakhir di rumah tersebut mereka telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan memaksa seekor kucing dan kera menari dengan memberi mereka minum tapai. Apabila haiwan tersebut minum mereka akan menari dengan sendiri dan aksi haiwan tersebut menjadi bahan jenaka untuk penduduk kampung. Mereka bersorak dengan diiringi paluan gong. Namun tindakan mereka telah menyebabkan kemurkaan maha pencipta dan akibatnya hujan turun dengan sangat lebat disertai ribut dan petir sabung menyabung sehingga menyebabkan perkampungan itu tenggelam bersama penduduk kampung dan hanya satu keluarga sahaja terselamat. Kesannya migrasi penduduk berlaku dan perkampungan yang tenggelam itu menjadi tasik yang luas dan dinamakan BUYUT dalam bahasa Dusun Kimaragang yang membawa maksud TASIK. Kini kawasan ini menjadi kawasan penternakan ikan dalam sangkar dan menjadi sumber ekonomi yang penting untuk penduduk di kawasan ini. Link to