top of page

Barian Sampai Mati

Masyarakat Murut di negeri Sabah merupakan salah satu kaum ketiga terbesar di negeri Sabah dan berpegang kuat kepada adat. Adat yang diwarisi daripada zaman nenek moyang menjadi ikutan sehingga hari ini, misalnya adat perkahwinan, adat kematian, adat "Tina'uh" dan adat "Barian Sampai Mati". Adat "Barian Sampai Mati" merupakan adat yang sangat popular dan sinonim dengan masyarakat Murut Tagal di negeri Sabah. Adat ini diamalkan oleh Murut Tagol di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Daerah Pensiangan, Daerah Sepulut dan Daerah Nabawan.


































Adat "Barian Sampai Mati" mempunyai perspektif negatife daripada masyarakat lain di negeri Sabah kerana dianggap sangat membebankan kehidupan seharian khususnya pihak lelaki yang telah berkahwin. Timbul persoalan sama ada adat ini masih releven atau pun tidak untuk diamalkan pada zaman moden sekarang. Walaubagaimanapun, seperti pepatah Melayu mengatakan "selagi adat di kandung tanah, selagi itulah adat dijunjung".

Diperbaharui pada : 09 DISEMBER 2012 

Hakcipta terpelihara © tripzranauholiday@gmail.com
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Jika ada sebarang pertanyaan silalah email di: ​​tripzranauholiday@gmail.com ataupun melalui laman facebook kami: tripz ranau

bottom of page