Antara Kebudayaan & Perayaan yang terdapat di Sabah
Diadakan setiap tahun di Taman Kinabalu, Kundasang.Tujuannya adalah untuk tingkatkan kesedaran tentang spesies burung yang terdapat di Kepulauan Borneo. Merangkumi pelbagai Pertandingan Burung, Bird Race, Bird Walk Berpandu dan Fotografi Burung. Hayati keunikan pebagai jenis burung sambil merasai keindahan Taman Kinabalu.
Magavau adalah upacara yang dilakukan oleh bobohizan yang bertanggungjawab mencari dan menyelamatkan Bambazon (semangat padi) yang hilang. Lawatilah Kampung Budaya Monsopiad untuk mengetahui lebih lanjut tentang majlis tradisional ini.
Sertai penduduk Tenom meraikan budaya Murut yang kaya dengan muzik tradisional dan tarian. Jangan lepaskan peluang melihat pameran barangan kraftangan tempatan yang unik dan pasti menarik perhatian anda untuk membeli beberapa cenderamata sebagai kenangan.
Ketahui pelbagai kegunaan pokok sagu atau rumbia dalam Pesta Rumbia yang merupakan salah satu upacara kemuncak semasa bertandang ke Kuala Penyu.
Raikan bersama perayaan suku kaum Bajau Borneo yang mempamerkan persembahan warisan betitik (muzik tradisional Bajau). Pameran kraf dan sejarah betitik akan diadakan semasa perayaan ini.
Gong adalah salah satu instrumen muzik dominan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Gong-gong ini dihasilkan oleh pembuat kraf di kampung Sumangkap di Matunggong. Saksikan proses penghasilan gong dan bagaimana ianya dimainkan untuk menghasilkan bunyi yang unik dan melambangkan identiti setiap etnik di Sabah. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti Demonstrasi Penghasilan Gong, Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Memalu Gong, Pertandingan Ratu Gong dll.
Raikan kepelbagaian alat muzik yang diperbuat daripada buluh hasil kerativiti etnik Sabah. Damaikan halwa telinga dengan kemerduan tiupan Sompoton, Bungkaw, Seruling dan pelbagai instrumen muzik bambu yang lain di Festival Muzik Buluh, Tamparuli.
Diadakan di daerah Kota Marudu pada Bulan November pada setiap tahun. Perayaan ini adalah untuk memperingati kepentingan jagung sebagai tanaman utama yang menjadi makanan rutin masyarakat Kota Marudu pada suatu ketika dahulu. Antara acara yang diadakan adalah seperti Perakan Kebudayaan, Pameran Kraftangan Berasaskan Jagung, Pertandingan Merekabentuk Fesyen Jagung Terbaik, Pertandingan Makan Jagung dan banyak lagi.
Magahavat merupakan upacara meraikan sagu, salah satu daripada diet ruji di Sabah. Ia dimasak secara tradisional dan dimakan di dalam bahagian kecil dengan sup masam untuk menimbulkan rasa yang kontras. Makanan lain adalah ulat sagu yang dikenali sebagai Butod. Butod dimakan selepas dimasak ataupun boleh juga dimakan secara mentah.
Perayaan Kaamatan atau Pesta Menuai disambut oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah pada 30-31 Mei setiap tahun. Perayaan ini bertujuan menghargai Bambaazon (semangat padi) selepas menuai padi. Acara yang dinanti-nantikan termasuklah Pertandingan Unduk Ngadau (Harvest Queen), Sugandoi (pertandingan nyanyian) yang menampilkan lagu-lagu Kadazandusun, pameran makanan tradisional dan banyak lagi.
Regatta Lepa merupakan satu perayaan yang berwarna-warni yang memberi penghormatan kepada lepa, tiang belayar bot tradisional tunggal bagi suku kaum Bajau Semporna. Memaparkan pengumuman Lepa Paling Indah, persembahan kebudayaan, bunga api dan banyak lagi.
Raikan pesta kelapa di daerah yang indah iaitu Kudat. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pakaian yang direka unik yang mana dibuat daripada pelbagai bahagian pokok kelapa yang kemudiannya dipakai dalam pertandingan Ratu Pokok Kelapa.