top of page

MAKSUD PELANCONGAN

Pelancongan mempunyai banyak maksud mengikut pandangan pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam industri pelancongan. Perkataan “Tourism” berasal daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Leiper (1981) mentakrifkan pelancongan sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.

Semantara World Tourism Organization (WTO) pula mendefinisikan pelancongan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Ini menjelaskan bagaimana berlakunya pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestic dan pelancongan kebangsaan.

Selain itu, McIntosh dan et. al. (1995) pula mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pen pelawat asing. Dalam kata lain, pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh sehari dengan tujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.

JENIS-JENIS PELANCONGAN UTAMA

01. EKO PELANCONGAN

Pelancongan ini merupakan tempat pelancongan yang berasaskan sumber semulajadi seperti pantai, pulau, cerun, hutan, tanah tinggi dan sebagainya. Contoh pelancongan jenis ini adalah, Gunung Kinabalu, Kundasang, dan Taman Air Panas Poring, Ranau.

02. AGRO PELANCONGAN

Pelancongan ini merupakan tempat pelancongan berasaskan pertanian ataupun penternakkan. Contoh tempat pelancongan jenis agro pelancongan adalah Sistem Tagal Luanti, Ranau dan Desa Cattel Kundasang, Ranau.

03. PELANCONGAN KESIHATAN

Dalam konteks pelancongan kesihatan, pelancong akan datang ke sesuatu destinasi untuk mendapatkan rawatan kesihatan sama ada secara moden, tradisional ataupun semula jadi. Contoh pelancongan kesihatan di Sabah adalah kolam air panas semula jadi Poring, Ranau.

04. PELANCONGAN PENDIDIKAN

Dalam pelancongan pendidikan, pelancong akan membuat lawatan sambil belajar dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu maklumat ataupun memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Contoh destinasi pelancongan pendidikan di Sabah adalah rumah panjang Rungus, Kudat. Pelancong dari luar datang ke kawasan ini untuk mempelajari budaya dan adat tradisi kaum rungus.

05. PELANCONGAN BUDAYA

Pelancong akan melancong ke kawasan bersejarah. Contoh kawasan pelancongan jenis ini adalah Kundasang War Memorial Park dan Muzium, Sabah.

 

bottom of page