top of page

Amalan Bobohizan

Bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain itu, boboh juga berfungsi sebagai pembimbing masyarakat Kadazan dari segi kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi warisan turun-temurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka. Bilangan bobohizan dalam negeri Sabah juga tidak banyak dan apa yang membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut.

Diperbaharui pada : 09 DISEMBER 2012 

Hakcipta terpelihara © tripzranauholiday@gmail.com
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Jika ada sebarang pertanyaan silalah email di: ​​tripzranauholiday@gmail.com ataupun melalui laman facebook kami: tripz ranau

bottom of page