top of page

​SABAH TEA GARDEN

PELANCONGAN PERTANIAN

Sabah Tea Garden yang terletak di Kundasang ini merupakan salah satu kawasan destinasi pelancongan yang menarik untuk di lawati.  Sabah Tea ini mempunyai persekitaran yang indah jauh dari hiruk pikuk kehidupan di kota. Antara keindahannya adalah  Sabah Tea Garden mempunyai latar belakang Gunung Kinabalu. Kedudukannya adalah kira-kira dua jam dari Kota Kinabalu.
Antara aktiviti yang boleh di sertai oleh pengunjung yang mengunjungi kawasan rekreasi ini adalah  seperti halangan melintas di kawsan rekreasi sapaon, trekking di sepanjang kawasan laluan ke Bukit Kamunsu, ataupun memulakan malam berjalan kaki atau pun pergi melihat pelbagai spesis kehidupan serangga yang unik.
Antara pakej yang di sarankan kepada para pengunjung adalah pakej 2 hari 1 malam yang mengandungi  lawatan ke kilang teh, dan juga bantuan pelancongan perladangan,kursus kemahiran hidup asas hutan,memahami berkaitan sungai dan bagaimana untuk menyampaikan serta latihan halangan.

Sebagai info tambahan, pakej ini mendapat anugerah program Tour terbaik untuk pelancongan pendidikan di anugerah pelancongan  Malaysia di kuala lumpur.
Beberapa pilihan untuk di jadikan tempat penginapan oleh pelawat adalah rumah tradsional lama, sebuah banglo atau pun tapak perkhemahan. Selain itu, kawasan ini juga menyediakan termasuklah dewan acara, restoran, kedai cenderahati dan juga padang bola sepak. Selain dari pada itu, di Tea House, menu yang paling popular adalah penkek teh, sabah tea pandan dan juga teh tarik.

 

 

 

bottom of page