top of page

DESA CATTLE

PELANCONGAN PENYELIDIKAN

Desa Cattle merupakan satu pusat penyelidikan dan pemrosesan susu lembu segar di sabah.  Ianya terletak di Kundasang Sabah dengan kedudukan RS765890, BOR665788 dan mempunyai aras ketinggian  1519m dari aras laut. Dengan jarak 8 km dari pekan kundasang sabah, pengunjung boleh sampai dalam masa 40 minit dari pekan kundasang.

​Setelah menikmati suhu sejuk di Pekan Kundasang dan membeli sayur serta buah-buahan yang amat segar.  Pengunjung boleh merasai  dan menikmati persekitaran yang amat cantik. Dengan bermacan jenis bunga yang tumbuh meliar di tepi-tepi jalan raya.  Jika bernasib baik dan tiada litupan kabus pengunjung juga boleh melihat dengan lebih jelas  Gunung Kinabalu.  Kawasan Desa Cattle ini telah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover). Yang sesuai dengan jenis rumput yang dimakan oleh  lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.

​Dengan suhu  sekitar 20˚c keadaan di Desa Cattle ini sangat sejuk. Ini mempengaruhi kadar pertambahan jumlah  lembu yang terdapat disana.  menurut  Cik Adna Midir pegawai tadbir Desa Cattle jumlah lembu semakin meningkat iaitu sebanyak 494 ekor lembu betina dan hanya 4 ekor lembu jantan yang dominan. Menurut beliau lagi terdapat kadar pertamabahan jumlah lembu, dalam masa satu bulan sahaja terdapat 4 atau 5 ekor anak lembu yang dapat dilahirkan

Menurut Cik Adna Midir lagi, pada awalnya Desa Cattle ini hanya sebuah kilang pemprosesan susu lembu segar secara kecil-kecilan sahaja. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1980 yang lalu, dengan keluasan 133 hektar  kilang ini semakin maju dan berlaku inovasi dalam alatan dan pekerja untuk menghasilkan susu segar yang banyak.  Seekor lembu dapat menghasilkan sebanyak 12 liter dan ke atas. Susu segar yang di keluarkan oleh lembu kemudiannya akan di proses dalam kilang itu juga.

Dengan memegang Statement kualiti dan keselamatan makanan menjadi keutamaan, Desa Cattle dapat menghasilkan dalam 6 ribu kotak susu segar dalam sehari. Pasaran bagi penjualan susu ini adalah sekitar sabah dan Sarawak sahaja.  Terdapat 32 orang pegawai yang bekerja dalam kawasan tersebut dan masing-masing mempunyai bahagian yang tersendiri. ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

                                                                                                                                           

Bilik Pemprosesan dan Pembungkusan Susu Segar

bottom of page