top of page

Nunuk Ragang

​Mitos & Lagenda Nunuk Ragang

Pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara tersebut disebut sebagai Nunuk Ragang."Nunuk"bererti pokok kayu ara dan "Ragang" bererti merah.

    Tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya,kawasan dimana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja.Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar,kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ.Ayam Jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.

         Terdapat pelbagai cerita mengenai Nunuk Ragang ini. Antaranya kelahiran manusia, Ragang Tie, kehadiran orang bawah tanah, perpindahan suku kaum kadazan/dusun ke merata tempat.link to

Diperbaharui pada : 09 DISEMBER 2012 

Hakcipta terpelihara © tripzranauholiday@gmail.com
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Jika ada sebarang pertanyaan silalah email di: ​​tripzranauholiday@gmail.com ataupun melalui laman facebook kami: tripz ranau

bottom of page