Taman Air Panas Poring, Ranau
Bagi yang ingin menenangkan fikiran dan merasai kedamaian alam semulajadi sambil mencuba sauna asli, Kolam Air Panas Poring merupakan pilihan yang tepat!kolam air panas ini culup popular kerana mampu merawat dan menyegarkan kembali tubuh badan yang keletihan. poring berasal daripada bahasa Kadazan-Dusun yang bermaksud "buluh". kebiasaannya, kolam ini dikunjungi oleh pendaki yang baharu sahaja turun dar puncak Gunung Kinabalu untuk "mencuci" segala kepenatan dan keletihan selepas mendaki. kawasan kolam air panas ini juga telah diubahsuai dan ditambahbaik bagi keselesaan pengunjung. terdapat kolam air panas tertutup dan kolam air panas terbuka yang disediakan oleh pihak pengurusan.
selain itu, pelancong juga boleh menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 meter dengan ketinggian 41 meter diatas pokok. Perjalanan di atas jambatan tersebut pasti tidak terasa penat kerana dikelilingi oleh pemandangan hutan hujan yang cantik terutama pokok menggaris yang juga diknalai sebagai "Raja Hutan".
Taman Rama-rama dan pusat pemuliharaan Orkid merupaakan piihan yang sesuai kepada pencinta alam semulajadi. Yang menariknya, pusat pemuliharaan terbesar di sabah ini mengumpul lebih 1200 jenis koleksi orkid sekaligus menjadi perhatian dan tumpuan penyelidik tempatan dan luar negara
Setelah penat berjalan, keletihan yang dirasai berbalas dengan pemandangan deruan air terjun kipungit dan Langanan. Lokasi ini turut menjad tumpuan kepada mereka yang berkeluarga untuk bermandi-manda dan berkelah.
Selain daripada kolam air panas, pusat pemuliharaan orkid dan air terjun terdapat satu lagi keistimewaan di Taman Air Panas Poring, Ranau iaitu bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Bunga yang sukar ditemui ini sentiasa menjadi perhatian pelancong kerana keunikkannya yang berkembang dalam tempoh tujuh hari dan mengambil masa lebih kurang 15 bulan untuk menguncup.