top of page

Pengorbanan Huminodun

kewujudan pertandingan "Unduk ngadau" sinonim dengan Lagenda Huminodun yang menjadi kebanggaan kaum kadazandusun dan diceritakan secara lisan sejak turun temurun yang turut dikaitkan dengan tradisi "Magavau".

Huminodun bermaksud "yang berkorban" merujuk kepada anak perempuan kinoingan serta isterinya suminundu yang telah mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kaum kadazandusun daripada bencana kebuluran. Menurut cerita yang disampaikan, bencana kemarau yang membawa kebuluran telah melanda kawasan penempatan kaum kadazandusun. Banyak binatang ternakan mati dan hasil pertanian juga tidak menjadi.

Bencana kemarau tersebut telah menyebabkan ramai kaum kadazandusun mati kebuluran dan dihinggapi berbagai-bagai jenis penyakit. Kinoingan yang menjadi pemimpin pada ketika itu berasa belas kasihan  kepada rakyatnya dan berusaha membantu mereka dengan pelbagai cara tetapi tidak berhasil. Kemudian kinoingan telah mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa seorang gadis perawan yang berhati mulia harus dikorbankan untuk mengakhiri malapetaka tersebut.

Walaubagaimanapun, kinoingan tidak sanggup mengorbankan nyawa manusia. Apabila huminodun iaitu anak perempuan tunggal kinoingan mengetahui mengenai perkara tersebut ,huminodun telah mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya demi mengakhiri kesengsaraan kaumnya. Akhirnya dengan berat hati, kinoingan bersetuju mengorbankan anak gadisnya dengan cara membelahnya menjadi tujuh bahagian dan disemadikan mengikut adat.

Diperbaharui pada : 09 DISEMBER 2012 

Hakcipta terpelihara © tripzranauholiday@gmail.com
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

Jika ada sebarang pertanyaan silalah email di: ​​tripzranauholiday@gmail.com ataupun melalui laman facebook kami: tripz ranau

bottom of page