top of page

Luanti sistem Tagal

Pelancongan Luanti,Ranau merupakan pelancongan yang bersifat ekopelancongan. Sistem tagal merupakan pendekatan pemuliharaan alam sekitar bertujuan untuk mengatasi mengatasi kekurangan sumber ikan air tawar,khususnya dalam sungai. Sistem ini dilaksana oleh masyarakat tempatan dan dipantau oleh jabatan perikanan negeri sabah. Kebebasan masyarakat terbatas terhadap sumber yang ada di sungai. Sistem tagal adalah satu sistem yang melarang masyarakat tempatan memancing ikan. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan ikan air tawar,mengelakkan pencemaran sungai dan menjana pencemaran dan membantu menjana pendapatan komuniti.

    Aktiviti yang terdapat di luanti ialah fleksiologi dengan ikan di sungai.Setiap fleksiologi mengambil masa 15 minit.Selain itu,di luanti juga dapat menaiki jambatan gantung serta dapat memberi makanan kepada ikan.kemasukan ke luanti dikenakan bayaran yang berbeza.Pelancong asing dikenakan rm10,rakyat malaysia dikenakan rm5.00 dan penduduk setempat dikenakan rm3.00 manakala makanan ikan dikenakan rm1.00.​

     Luanti merupakan kampung luanti baru yang terletak kira-kira 10kilometer dari pekan ranau.Ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana wujud kerana pelbagai jenis ikan di sungainya.Kawasan sungai itu telah mengalami sistem tagal yang diamalkan oleh penduduk.​

 Kampung luanti telah memenangi pelbagai anugerah.Antaranya ialah anugerah river cruise award,global enviroment center dan anugerah sistem tagal.

bottom of page